Mudahkah anda membuka pintu hati kepada seseorang, tetapi teramat sukar untuk menutup kembali pintu hati kepadanya?
Tidak dinafikan apabila perasaan cinta sudah bermukim di hati, anda terasa betapa indahnya dunia.
Lebih indah lagi apabila segalanya terbuai kerana mencintai seseorang yang anda amat suka walaupun dia tidak membalasnya.
Namun, pengalaman pernah menyayangi seseorang, tetapi akhirnya dilukai membuatkan bencinya hati apabila hendak menerima kehadiran orang baru.
Begitu juga sebaliknya, seseorang yang begitu menyintaimu, tetapi anda tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah, perasaannya sama seperti perasaan anda - ingin mencintai walaupun tidak dicintai.
Hormati perasaannya, tetapi usah berikan harapan kerana terpaksa dalam cinta adalah suatu kepalsuan. Akhirnya yang merana diri anda sendiri.
Cinta ibarat air. Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.
Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.
Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.
Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Lalu jenis air mana yang anda inginkan?
Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.
Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.
Jika anda sudah melengkapi diri untuk membina kekuatan dalam fasa perhubungan yang baru, cubalah petua berikut. Mana tahu cinta yang baru bakal memenuhi dan menyinari kekosongan jiwa, memberi kehangatan kebahagiaan buat anda selamanya.
Antara petuanya:
# Apabila si dia sibuk, jangan pula anda terlalu merengek-rengek meminta si dia menjemput anda di tempat kerja ataupun menemani anda ke mana jua sedangkan anda sudah tahu rutin kerjayanya.
# Sekiranya si dia terlalu ego, jangan sesekali mempersoalkan keegoannya apabila sikap sedemikian sedang menguasai dirinya.
Baik lelaki atau perempuan, adakalanya mereka begitu ego dan sukar mengakui sesuatu walaupun memang jelas dia yang bersalah. Mungkin dia lebih tegas, tetapi anda sukar menafsirkan sikapnya.
# Jika si dia romantik, ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa menyelitkan perancangan untuk masa depan bersama.
# Apabila si dia panas baran, jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi rasa marahnya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda dan selepas itu barulah berbincang apa yang sepatutnya.
# Jika si dia penat, jangan mengadu perkara ataupun bercerita perkara remeh-temeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan bahkan berasa bosan melayani kerenah anda yang bersifat keanak-anakan.
# Sekiranya si dia terlalu mementingkan diri sendiri, cuba berterus-terang dan luahkan rasa tidak puas hati anda mengenai sikapnya itu. Anda sepatutnya bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga.
Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain kerana persefahaman amat penting dalam menjalin perhubungan antara lelaki dengan perempuan.
# Apabila si dia mengongkong dan anda pula memberontak, pasti akan dimarahinya kerana terdorong atas rasa yang tidak menyenangkan itu.
Tetapi kalau anda menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri sehingga akan meletus sesuatu yang tidak diingini apabila timbul rasa tidak puas hati di kemudian hari.
Untuk itu, anda perlu berkata sesuatu kepadanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan anda berdua.
# Apabila si dia selamba, cuba tarik perhatian si dia. Contohnya lakukan sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang mulakan dulu. Oleh itu, rancang sesuatu untuk menarik perhatiannya.
# Sekiranya si dia curang, jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya padanya tujuan dia bersikap begitu. Tetapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda sendiri yang berundur dulu sebelum hati semakin parah lukanya.
# Jika si dia lurus bendul, memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak-tanduknya.
Anda patut menjadi perangsang kepadanya dan mengatakan yang dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa terlalu mengharapkan orang lain.
Senin, 22 Juni 2009
Cinta Ibarat Air
Diposting oleh
gunawan
di
10.54
0
komentar
Label: Mutiara Hati
STRUKTUR PEMOGRAMAN PASCAL
Strukturnya cukup mudah seperti :
Program jdl_program;
Var xxx:data_type;
uses library;
Begin
…..
…..
End.
Pada perintah program digunakan untuk menyatakan judul dari program. Pada bagian var digunakan untuk deklarasi variabel. Pada pernyataan Uses digunakan untuk menyertakan library(fungsi pustaka) yang telah disediakan. Hal yang perlu anda perhatikan adalah disetiap akhir perintah disertakan tanda titik koma ‘;‘ dan setelah pernyaataan End disertai tanda titik (End.). Pada pernyataan Begin tidak diakhri dengan titik koma karena begin mengindikasikan awal dari alur program yang akan berjalan sehingga tidak diakhiri dengan titik koma.
Reserved Word
Reserved Word adalah kata-kata baku dimana anda tidak boleh menjadikan kata-kata ini sebagai variabel. Beberapa reserved word : and array begin case const div do downto else end file for forward function goto if in label mod nil not of or packed procedure program record repeat set then to type until var while with.
Variabel :
Variabel merupakan peubah, yang nilainya akan selalu berubah sepanjang kondisi yang sesuai. Variabel memiliki tipe. Tipe dari variabel yang biasa yaitu:
1. Boolean: Bernilai true (benar) atau salah (false)
2. Integer: Digunakan untuk mewakili bilangan bulat dengan lebar -32768 / 32767
3. Char: Digunakan untuk mewakili satu karakter
4. Real: Digunakan untuk mewakili bilangan desimal
Jadi variabel yang bertipe integer tidak bisa untuk menuliskan tipe boolean dan lainnya. Sebenarnya masih banyak tipe variabel lain seperti string, text, dsb, hal itu akan dijelaskan di bagian lain.
Cara mendeklarasikan variabel :
Var nama_variabel:type;
Contoh : Var tian:char;
Untuk mendeklarasikan banyak variabel cukup dipisahkan dengan koma bagi yang bertipe sama.
Contoh : Var
kata,tian:char;
Angka:integer;
Sebenarnya penulisan seperti itu hanya untuk kerapihan dan memang sebaiknya seperti itu.
Contoh sebuah program sederhana :
Program pelajaran1;
Var nama:string;
Begin
Write(’Masukkan nama anda:’);
Readln(nama);
write(’Selamat belajar ‘, nama);
Readln;
End.
Konstanta:
Sesuatu yang nilainya selalu tetap sepanjang program. Cara pendeklarasian :
Const
Nama:Tian;
Diposting oleh
gunawan
di
10.38
0
komentar
Label: STRUKTUR PEMOGRAMAN PASCAL
Kamis, 18 Juni 2009
:: Kisah Seorang Pendo'a ::
Ketika kumohon pada Allah kekuatan
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat
Ketika kumohon pada Allah kebijaksanaan
Allah memberiku masalah untuk kupecahkan
Ketika kumohon pada Allah kesejahteraan
Allah memberiku akal untuk berfikir
Ketika kumohon pada Allah keberanian
Allah memberiku kondisi bahaya untuk kuatasi
Ketika kumohon pada Allah sebuah cinta
Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong
Aku tak pernah menerima apa yang kupinta
Tapi aku menerima segala yang kubutuhkan
Do'a-ku terjawab sudah…
*) semoga bermanfaat .....
"Anda tidak akan berhasil menjadi pribadi baru bila anda berkeras untuk mempertahankan cara-cara lama anda. Anda akan disebut baru, hanya bila cara-cara anda baru".
"Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencoba, karena didalam mencoba itulah kita menemukan dan belajar membangun kesempatan untuk berhasil".
Diposting oleh
dieyaz
di
03.34
0
komentar
Label: Kata-kata Bijak